Saturday, 14 November 2015

ciri-ciri keusahawanan

PENGENALAN

Usahawan adalah penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Sesebuah negara tidak akan mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak mempunyai usahawan yang berdaya sing yang tinggi. Usahawan yang menjadi tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara. Usahawan yang berjaya merupakan tokoh dan dijadikan contoh orang ramai yang berniat untuk menceburi bidang perniagaan dengan berjaya dan maju.  Tokoh-tokoh tersebut dicontohi atas sifat-sifat serta ciri-ciri keperibadian mereka yang mendorong beliau untuk berjaya.

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (Rangkaian Perniagaan Sendiri)
Rangkaian bermaksud mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dan juga perniagaan dengan rakan niaga yang lain. Ciri usahawan tersebut dapat dilihat dalam Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang merupakan pemilik pelbagai jenis perniagaan dan juga rangkaian dalam syarikat tenaga, pelabuhan, hotel, perkilangan dan pasar raya. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary adalah seorang tokoh usahawan Malaysia yang sangat terkenal dan berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.
 Beliau mula berniaga semasa berumur 19 tahun sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau. Beliau hanya seorang pelajar lepasan SPM ketika itu. Namun, wabak penyakit kaki dan mulut pada tahun 1970 telah membuatkan perniagaannya muflis. Beliau tidak lagi menternak tetapi beralih pula menjual daging ais. Setelah itu, beliau telah mempelbagaikan perniagaannya dengan beralih kepada perniagaan pengangkutan. Beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A di bawah Syarikat Kenderaan Sentosa. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menubuhkan Syarikat Shah pada tahun 1975 dan mendapat kontrak menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan untuk membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan lain-lain. Kemudian, beliau mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain seperti gula melalui Bukhari Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Selepas berjaya mengembangkan perniagaan daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau melangkah pula dalam sektor pembuatan. Beliau mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam kepada pihak tentera dalam Kementerian Pertahanan. Ekoran itu, beliau menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Amtek Holdings telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, wang penyenaraian yang diperolehnya beliau telah membeli Spark Manshop bagi memasarkan pakaian yang berjenama Crocodile. Selepas itu dia mengembangkan perniagaan dengan membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation dan bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar. Kejayaannya dapat dilihat dalam menarik minat syarikat perkapalan Evergreen Marine dari Taiwan dan Maersk sealand dari Denmark untuk memindahkan operasinya daripada Singapura ke Johor. Yayasan (Islam) Al-Bukhary ditubuhkan untuk membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya. Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Antara inisiatif yang dilakukannya adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN belajar di Malaysia. Malah, pada 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies yang merupakan pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Beliau, menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek MCA bagi memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu. Ketulusan beliau dalam menjalankan perniagaan membolehkan beliau memperluaskan rangkaian perniagaan beliau.

Tan Sri Dato Loh Boon Siew (Proaktif)
Bersikap proaktif lebih sekadar bersikap tanpa diarah dan mengambil inisiatif. Seseorang usahawan akan bersikap proaktif apabila mempunyai kecenderungan untuk mengenal pasti dan menganalisis sesuatu situasi. Bersikap proaktif bertanggunngjawab di atas kelakuan kita sendiri sama ada di masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Usahawan yang proaktif merupakan seorang yang sering melakukan perubahan dalam hidupnya demi mencapai kejayaan yang diimpikan. Mereka bertekad menjadi pendorong yang kreatif dalam hidup mereka sendiri dan menjadi inspirasi bagi orang lain.
Usahawan yang proaktif mampu melakukan keputusan secara bijak dan bertanggungjawab atas keputusan tersebut tanpa terpengaruh suasana hati dan keadaan sekeliling. Usahawan yang mempunyai ciri proaktif juga akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah laku dan tindakannya dalam dunia perniagaan. Ciri proaktif yang ada dalam diri usahawan ini akan melahirkan usahawan yang kreatif dan mahir dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan perniagaannya serta sentiasa mencari peluang baru untuk memajukan perniagaannya.
Di samping itu juga usahawan yang proaktif ini akan bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran malah tindakan ini dapat membentuk suatu persekitaran baru. Tambahan pula, sikap usahawan itu mempengaruhi sesebuah syarikat untuk maju dan untuk bersaing dengan syarikat-syarikat lain dengan baik. Hal ini kerana dunia perniagaan mempunyai persaingan yang sengit dan sentiasa memerlukan perubahan dalam menghasilkan sesuatu produk untuk dipasarkan.
Contoh tokoh yang mempunyai ciri proaktif ialah Tan Sri Dato Loh Boon Siew. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab membawa masuk motosikal Honda ke Malaysia. Beliau dilahirkan di Hui-An, daerah Fujian, China. Kehidupan beliau sangat miskin dan tidak berpeluang mendapatkan pendidikan. Beliau menghabiskan zaman kanak-kanaknya mengumpul najis babi sebagai bahan bakar untuk mendapatkan duit. Ketika berusia 12 tahun, beliau dan ayahnya tiba di Pulau Pinang dalam sebuah bot kecil dari China. Beliau bekerja sebagai pelatih mekanik kereta (3 ringgit sebulan) ketika baru tiba dan tinggal dalam kuarters pekerja ‘kolie keng’ di 4, Katz Street, Pulau Pinang. Beliau menambah pendapatan dengan mengambil upah membasuh bas dengan bayaran 10 sen setiap buah. Pada usia 18 tahun beliau membeli 11 unit bas pertamanya dengan menggunkan duit simpanannya dan menjualnya. Namun ada tahun 1945 perniagaannya itu gagal akibat Perang Dunia II. Pada tahun 1945 setelah Jepun kalah, dia mula menjual basikal dan peralatan motosikal, kemudian dia mengembangkan perniagaannya untuk menjual kereta terpakai, pengangkutan dan juga bas.
Pada tahun 1958 semasa beliau bercuti Jepun beliau melihat sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia. Dengan keyakinan yang tinggi untuk berjaya beliau telah mengenal pasti satu produk yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia iaitu motosikal Honda tersebut kerana motosikal ini bersaiz kecil dan ringan. Beliau berfikir mungkin motosikal ini akan mendapat sambutan jika dibawa ke Malaysia lalu membuat keputusan untuk membuat perjanjian memesan 12 unit motosikal dengan Mr. Soichiro Honda, pencipta motosikal tersebut.
Permulaannya motosikal yang dibawa oleh beliau ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap tidak berguna dan mudah rosak namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjualnya. Menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati. Kemudian beliau membuka sebuah kilang di Pulau Pinang bagi memasang Honda Cub dan motosikal Honda telah dinamakan semula sebagai Boon Siew Honda. Honda Cub menjadi motosikal paling laris di Malaysia dan Loh Boon Siew sebagai orang pertama membawa masuk motosikal Honda Cub ke Asia Tenggara. Perkataan Kapcai berasal dari Honda Cub yang bererti motosikal kecil di Malaysia.
Langkah proaktif ini telah berjaya memastikan motosikal Honda terus diminati di Malaysia dan menjadikan Tan Sri Dato Loh Boon Siew seorang usahawan yang berjaya yang mengasas Boon Siew Honda. Dengan terbinanya kilang ini, ia dapat menjamin kestabilan harga jualan motosikal Honda di Malaysia di mana faktor-faktor kenaikan duti import dapat diminimakan kerana pengeluaran motosikal Honda dibuat secara domestik. Tan Sri Dato Loh Boon Siew juga adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini.

Tony Fernandes (Kerjasama Berpasukan)
Dalam sesebuah organisasi, semangat kerja berpasukan adalah penting. Kerjasama berpasukan bermaksud sesuatu kerja itu dilakukan secara bersama-sama antara ahli kumpulan. Kerja berpasukan dapat membentuk nilai kerjasama dalam diri setiap individu yang melakukannya. Kerja berpasukan juga dapat memberi banyak faedah kepada kita. Sebagai contoh, dengan melakukan sesuatu kerja berpasukan, sesuatu kerja itu dapat disempurnakan dengan cepat. Dalam erti kata lain, kerja berpasukan dapat menjimatkan masa. Selain itu juga, kerja berpasukan juga dapat menghasilkan sesuatu kerja yang lebih berkualiti kerana masing-masing dapat memberikan idea yang bernas sewaktu dalam proses kerja.
Tokoh usahawan yang mempunyai ciri kerja berpasukan ialah Tony Fernandes. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya. Beliau mempunyai sebuah syarikat penerbangan tambang murah iaitu Air Asia Berhad dan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia.
Dahulunya, beliau merupakan seorang ahli muzik yang terkenal. Beliau pernah menjadi ketua dalam sebuah syarikat rakaman yang dikenali sebagai Warner Music (M) Sdn. Bhd. Beliau memainkan peranan sebagai pemain keyboard.dalam industri rakaman tersebut.
Menurut beliau, “Kejayaan itu tidak datang bergolek kecuali adanya usaha untuk ke arah itu”. Sebelum beliau berjaya menubuhkan sebuah firma atau syarikat penerbangan tambang murah Air Asia Berhad yang disegani, beliau akui beliau terpaksa menempuh pelbagai onak dan ranjau.
Antara cabaran yang pernah beliau lalui ialah nama beliau pernah dikaitkan dengan Khairy Jamaluddin iaitu seseorang yang berpengaruh tinggi dan merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO dengan alasan kejayaan yang beliau miliki adalah hasil ‘pertolongan’ dari orang lain. Namun begitu, pahit manis selama enam tahun itulah yang menjadikan beliau seorang tokoh usahawan yang berjaya sekarang ini.
Seperti usahawan berjaya yang lain, segala kejayaan yang ingin dikecapi mestilah bermula dari impian dan cita-cita. Menurut Tony Fernandes, beliau berkata “Saya sudah lama bercita-cita ingin menceburi perniagaan secara serius, tetapi tidak tahu perniagaan apa yang ingin dijalankan.” Namun begitu, beliau mendapat ilham untuk menceburi industri penerbangan. Idea untuk menceburi industri penerbangan muncul secara tiba-tiba sewaktu beliau berada di London.
Beliau dikatakan telah tertarik melihat sebuah iklan di televisyen iaitu iklan berkenaan syarikat penerbangan tambang murah, Easyjet. Beliau kemudiannya pergi ke Lapangan Terbang Luton di London dan menghabiskan masa selama dua hari di sana untuk mempelajari tentang konsep perniagaan syarikat tersebut.
Setibanya beliau ke Malaysia, beliau menemui rakan karibnya iaitu Datuk Kamarudin Meranum dan menyatakan hasratnya untuk menubuhkan syarikat penerbangan. Datuk Kamarudin Meranum bersetuju dengan cadangan beliau dan bersepakat untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing sebanyak RM1 juta sebagai modal permulaan.
Fernandes berkata, sebelum beliau mengecapi kejayaan pada hari ini, beliau dan rakan kongsinya terpaksa mengharungi pelbagai dugaan yang mengajar mereka erti ketabahan. Pada mulanya mereka mengambil alih Syarikat Tune Air Sdn. Bhd dan terpaksa menanggung hutang yang tertunggak sebanyak RM20 juta. Cabaran ini merupakan cabaran yang sangat berat bagi mereka kerana mereka hanya diberi tempoh selama enam bulan sahaja untuk melangsaikan hutang tersebut.
Bagaimanapun, nasib mereka baik apabila Air Asia mendapat keuntungan besar hasil daripada kontrak Air Asia dengan Tabung Haji. Keuntungan yang diperolehi digunakan oleh mereka untuk melangsaikan hutang sebanyak RM20 juta itu.
Secara kesimpulannya, kejayaan yang diperolehi Air Asia pada hari ini bukan sahaja hasil manifestasi kejayaan negara tetapi juga sebagai satu simbol kejayaan masyarakat majmuk dalam menguruskan sebuah syarikat perniagaan.
Selama enam tahun penubuhannya, kakitangan AirAsia yang asalnya hanya seramai 200 orang telah meningkat kepada 5, 000 manakala pesawat pula meningkat kepada 65 berbanding dua buah pesawat pada permulaannya. Jumlah penumpang Air Asia juga turut meningkat iaitu daripada 200,000 orang setahun kepada 18 juta orang setahun.
Kini, Fernandes dan rakan-rakan kongsinya yang lain mampu untuk tersenyum kerana akhirnya berkat kerjasama berkumpulan, mereka berjaya membuktikan syarikat Malaysia mampu bersaing di pentas global dan mengubah landskap industri penerbangan negara selaras dengan label syarikat itu, ‘Now Everyone Can Fly’.

Dato’ Siti Nurhaliza (Outcome Oriented)
Siti Nurhaliza ataupun Datin Sri Dato’ Siti Nurhaliza binti Tarudin merupakan seorang anak kepada pasangan Tarudin Ismail dan Siti SalmahBachik. Lahir pada 11 Januari di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang. Beliau merupakan seorang penyanyi nombor satu Malaysia dan ahli perniagaan. Beliau juga lahir dalam keluarga penggemar muzik dan tidak hairanlah jika beliau dikenali sebagai penyanyi. Menerima pendidikan awal di sekolah Tabika Perkep, Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford dan hanya menamatkan pelajarannya setakat SPM di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang.
Seawal usia 16 tahun beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan telah berjaya menjuarai Bintang HMI anjuran RTM pada tahun 1995. Bermula dari situ,beliau telah bertemu dengan seorang penggubah lagu yang terkenal iaitu Adnan Abu Hassan. Beliau banyak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Adnan sehingga beliau berjaya.
Pada 30 Mac, beliau telah melancarkan satu produk kosmetik dan kecantikan yang diberi nama Simply Siti. Produk tersebut telah mendapat penyelidikan di Korea dan dinobatkan sebagai  “The Best Halal Product” oleh majalah Halal Journal Magazine.
Sifat peribadi beliau yang patut dicontohi ialah cepat mengambil peluang dan berani mengambil risiko. Dalam kenyataan beliau pernah menyatakan untuk memantapkan lagi produknya. Selain itu beliau juga bercadang untuk mengeluarkan perfume buatan sendiri. Beliau juga tidak pernah berputus asa menyelesaikan masalah walaupun dilanda konflik di mana produk tersebut dikatakan menggunakan berus bulu babi. Beliau begitu prihatin dengan cara dan bahan yang digunakan dalam SimplySiti sehingga ingin megikuti suaminya ke Paris untuk melihat sendiri kilang memproses produk tersebut.
Kejayaan beliau berorientasikan pihak media. Beliau cukup dikenali sebagai seorang penyanyi nombor satu Malaysia menyebabkan banyak pihak media yang tertarik mengikuti perkembangan beliau.Tidak lupa juga kepada sokongan peminat “SimplySiti” dari dalam mahupun luar negara terutamanya di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Beliau turut menggunakan Facebook sebagai medium untuk memperkenalkan dan menjual produk tersebut secara online kepada pengguna setia. Pengaruh media sosial banyak memberikan kesan seperti Instagram beliau telah memperoleh pengikut seramai 1.6 juta. Selain barang kosmetik, Dato’ Siti juga mempromosikan fesyen selendang ,tudung dan baju raya berjenama Kallista.
Kemajuan perniagaan beliau turut didokong dengan adanya pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene dan kesemua produk SimplySiti dipasarkan ke rangkaian farmasi Watson dan pasar raya Jusco. Sokongan keluarga sendiri seperti suaminya,Dato’ Khalid sendiri yang mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan menjadi rakan kongsi bagi membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.
Akhir sekali, kepercayaan peminat terhadap produk juga merupakan salah satu pintu kejayaan beliau. Beliau akan memastikan produk yang dikeluarkan selamat dan mengandungi bahan yang halal digunakan kerana  ramai pengguna produk SimplySiti terdiri daripada individu yang beragama islam.

Tan Sri Mokhzani Mahathir (Open Cultured)
Merupakan anak kelahiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Siti Hasmah Mohamad Ali. Lahir pada tahun 1961 merupakan anak kedua dan mempunyai 5 orang anak. Beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam jurusan Bachelor of Arts/Science, University of Tulsa.
Beliau pernah tersenarai sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia Forbes dengan nilai harta kekayaan sebanyak U$$1.2 billion iaitu bersamaan RM3.81 bilion pada tahun 2014. Namun, beliau mendapat tangga ke-26 usahawan terkaya di Malaysia pada tahun 2015 dengan nilai yang menyusut sebanyak a$$700 juta(RM2.52 bilion). Turut dikenali sebagai lelaki kaya yang memandu Bugatti Veyron biru yang mencecah nilai $1.5 juta.
Sebagai seorang ahli perniagaan, sikap aktif beliau turut disegani di mana beliau memegang banyak jawatan dan banyak melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan bidang. Antaranya ialah :
Bendahari Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Ahli Lembaga Pengarah Sapur Kencana, Telekom Gergasi, Maxis dan Syarikat gentian Optic, Opcom Holdings
Pengerusi Litar Sepang (Tuan Rumah Formula 1 Malaysia)
Ahli Jawatankuasa Imbuhan Sapur Kencana Petroleum
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad (Penjagaan Kesihatan)
Ketua Kumpulan Tongkah Holdings Berhad (Minyak dan gas, kewangan)

Mokhzani mempunyai sifat terpuji yang perlu ada dalam diri usahawan. Sikap ini perlu diterapkan dalam setiap anak muda dan diamalkan agar generasi usahawan berjaya tidak akan lenyap. Antaranya rasa ingin tahu yang mendalam dan ambil tahu yang ada dalam diri beliau.
Beliau turut menunjukkan minat sejak dari kecil lagi dalam bidang petroleum. Ini terbukti apabila beliau melanjutkan pelajaran dan berjaya menamatkan ijazah sebagai Bachelor of Sciense in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma USA. Beliau turut mendapat sokongan padu daripada keluarga bagi meneruskan perniagaannya.
Pengalaman yang dilalui semasa melanjutkan pelajarannya dijadikan motivasi kepada dirinya untuk menubuhkan syarikat dan mampu bekerja sendiri. Impian untuk menubuhkan syarikat sendiri tercapai apabila beliau berjaya menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn. Bhd ,dalam bidang Oil dan Gas service provider, IT, automotif dan hartanah.
Kemajuan syarikat beliau menambahkan semangat untuk membuat penyelidikan supaya perniagaan beliau lebih berkembang. Beliau banyak belajar dari syarikat lain yang sama aliran dengan mengumpul info-info dan ambil tahu tentang langkah yang terbaik untuk dilaksanakan.
Kesimpulannya, sifat peribadi beliau boleh dijadikan contoh kepada usahawan yang lain yang ingin melaksanakan perniagaan baru. Mengikut cara beliau boleh dijadikan penggerak dan panduan ke arah kemajuan diri.

 Datuk Wan Mohammad Sani Salleh (Kegagalan Sebagai Satu Pilihan)
Kejayaan bukan bermaksud keupayaan untuk memperoleh keputusan yang sentiasa cemerlang, tetapi kemampuan untuk sentiasa memperbaiki diri serta melihat potensi diri dengan cara yang positif.
Begitu juga sebaliknya, kegagalan bukan bermaksud menjadi 'gagal' tetapi suatu keadaan yang menggambarkan diri masih belum mencapai sesuatu yang diinginkan.
Ini mungkin disebabkan masih kurang berusaha, kelemahan teknik ataupun satu proses untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik.
Kita perlu jadikan kegagalan sebagai perangsang iaitu dengan menjadikan kegagalan lalu sebagai sesuatu yang menguntungkan diri anda. Lihat kepada kesan kegagalan secara positif untuk anda memperbaiki dan menjadi orang lebih bersedia daripada sebelumnya.
Ia adalah baik anda gagal seketika kerana anda belajar daripadanya. Cari matlamat baharu dan bina usaha ke arah itu. Sentiasa konsisten dan mengambil pengalaman itu sebagai satu panduan kepada kejayaan. Itu sebenarnya makna sebuah kegagalan.
Perkara di luar jangkaan sering berlaku dalam kehidupan dan mengganggu perancangan hidup kita. Apa yang penting adalah teruskan melangkah, teruskan berusaha, ia akan membuatkan keadaan kegagalan ini menjadi lebih baik. Dari situ anda dapat melihat apa sebenarnya yang anda suka lakukan dalam kehidupan.
Lihatlah kelebihan diri anda dan faham kekurangan yang ada untuk diatasi. Fokus kepada apa yang anda sedang pelajari dan apa yang boleh kamu lakukan untuk mencapai matlamat anda. Terima kelemahan dan kekuatan diri, buat timbangan semua tentang pilihan yang akan anda lakukan.
Setiap kejayaan sentiasa bermula daripada kegagalan. Apa yang pasti, seseorang yang berjaya tidak melihat kejayaan daripada kejayaan sebelumnya, tetapi melihat kejayaan daripada kegagalan, dan bagaimana kembali bangkit daripada kegagalan yang dihadapi.
Contoh usahawan ialah  Datuk Wan Mohammad Sani Salleh selaku Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd SUSB. Beliau berumur 33 tahun. Sejak tiga tahun lalu di sana-sini namanya sering menjadi sebutan. Namanya mula dikenali kerana bas berwarna merah yang terukir namanya sendiri. Siapa yang tidak pernah mendengar nama Sani Express. Lebih mengagumkan lagi, beliau boleh memiliki 25 bas dalam tempoh sebulan, semuanya bas dua tingkat yang tampak elegen dan semestinya menjanjikan keselesaan.
Bagi Wan Muhammad Sani atau lebih dikenali dengan panggilan Sani, apa yang dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu mengubah nasib hidupnya ke arah lebih baik. Beliau memulakan kerjaya di bawah tanpa bantuan sesiapa. Namun berkat kegigihan beliau, beliau berjaya sehingga hari ini.
Beliau menjadikan Datuk Sharifuddin sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam bidang perniagaan. Namun beliau mula menyedari akan usianya yang semakin meningkat tua dan disebabkan itu beliau mula menyusun langkah demi masa depannya. Beliau yang dulu dikenali sebagai salah seorang daripada anggota kumpulan Impression bersama-sama dengan Norman Hakim dan Datuk Eizlan yusof kini membuat keputusan untuk keluar dari dunia hiburan untuk memastikan kehidupannya lebih terjamin. Berkat keberanian dan usahanya kini beliau berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia.
Bagi permulaan kariernya sebagai seorang usahawan beliau memulakan dari bawah iaitu dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya. Beliau memilih bas sebagai pilihan untuk dijadikan sebagai sumber utama pencarian rezekinya. Ini kerana semasa zaman kanak-kanak sehingga ke zaman remaja beliau sering menggunakan perkhidmatan bas sebagai pengangkutan utamanya. Beliau dapat merasakan apa yang dimahukan oleh pengguna kerana beliau terlebih dahulu menggunakan perkhidmatan bas ini.
Pada tahun 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Pada mulanya beliau mempunyai dua rakan kongsi namun tidak lama kemudian dua rakannya itu menarik diri menyebabkan dia terkontang-kanting seorang diri. Ketika itu beliau hanya memiliki seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya. Keadaan itu amat getir bagi dirinya kerana pelbagai masalah datang sehingga beliau terfikir ingin menarik diri. Namun berkat kesabarannya beliau berjaya sehingga ke hari ini.
Segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspress yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan hanya berbekalkan modal daripada institusi kewangan. Beliau juga perlu menanggung risiko yang tinggi kerana membuat pinjaman untuk perniagaannya. Hasil usaha dan berkat kesabarannya bas Sani Ekspressnya mula berada di jalan raya pada tahun 2006. Hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Ekspress berjaya menunjukkan prestasi luar biasa. Daripada seorang pekerja , kini Sani mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana , Sani kini mempunyai wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan  belanja mencecah rm7 juta. Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa sahaja.

Datuk Wira Dr.Maznah Hamid (Berwawasan)
Wawasan ialah mempunyai pendirian tetap atau dalam erti kata lain ialah sesuatu semangat atau kata-kata yang digunakan untuk memperoleh sesuatu kejayaan. Berwawasan bagi seseorang usahawan pula ialah seseorang usahawan tekad untuk untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam perniagaannya dengan berusaha sedaya upaya demi memastikan perniagaannya berjaya.
Contoh usahawan ialah Datuk Wira Dr.Maznah Hamid selaku Pengurusi Eksekutif Kumpuan Securiforce.
Datuk Dr.Maznah merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah berjaya menaikkan nama Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu sehingga menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia. Beliau kini mempunyai lebih 65 buah cawangan dan memiliki lebih 6,000 kakitangan. Untuk maklumat semua, kini Syarikat Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju.
Sebagai langkah keselamatan, Syarikat Securiforce telah menghasilkan van kalis peluru yang direka cipta sendiri oleh Securiforce. Selain itu, Securiforce juga mempunyai ratusan senjata api sebagai langkah keselamatan. Kejayaan demi kejayaan telah dicipta oleh Syarikat Securiforce, dan yang terbaru ialah Securiforce telah mengembangkan sayapnya sehingga ke peringkat  antarabangsa dengan menggunakan perkidmatan udara, laut dan darat.
Untuk maklumat semua, kesemua anak syarikat Securiforce ditubuhkan tanpa bantuan kewangan dari bank. Ini merupakan satu-satunya kejayaan yang amat dikagumi oleh pelbagai pihak kerana dapat berdiri teguh tanpa bantuan pihak lain. Beliau merupakan seorang yang berfikiran positif kerana beliau berani menanggung risiko walaupun beliau mengetahui risiko yang bakal beliau hadapi adalah sangat tinggi.
Beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpegang teguh pada prinsipnya tersendiri. Bukan satu saja prinsipnya namun lebih dari itu. Disebabkan prinsipnyalah dirinya menjadi seorang yang berwawasan. Antara prinsip yang selalu beliau pegang ialah “modal sebenar ialah diri kita sendiri”. Itulah kunci utama kejayaan dr Maznah Hamid yang sebenar.
Mungkin ada di antara kita semua yang tidak mengetahui bahawa Dr Maznah merupakan seorang pendidik Iaitu merupakan guru keusahawanan. Antara kenangan yang paling beliau tidak dapat untuk melupakan ialah pada tahun 1990 dimana beliau telah diundang untuk ke tv3. Di situlah bermulanya langkah kanan Dr Maznah dalam kejayaan dirinya. Beliau juga merupakan pakar motivasi, pembangunan insan dan keusahawanan serta “success counselor” di institusi-institusi pengajian tinggi.
Di samping itu, beliau juga telah berjaya menerbitkan buku bertajuk “MOTIVASI MEMBURU KEJAYAAN” (versi Melayu dan Mandarin). Beliau juga memiliki Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State University of New York dan juga merupakan Presiden Malaysia Association of Professional Speakers (MAPS).

Tan Sri Dato 'Shahril Shamsuddin (Taat)
Taat bermakna keupayaan untuk meramalkan atau tindakan meramalkan apa yang akan berlaku atau diperlukan pada masa hadapan. Dengan mempunyai keupayaan ini, seseorang individu boleh membuat rancangan kemas untuk jangka masa panjang.
Dalam proses menjadi seorang usahawan yang berjaya, salah satu ciri yang perlu ada pada mereka adalah untuk mempunyai taat. Ini adalah satu nilai yang penting dalam mereka sebagai seorang usahawan kerana ia membolehkan mereka untuk melihat lebih jauh untuk mengembangkan perniagaannya. Usahawan yang tahu bagaimana untuk merancang, menganalisis, merumus dan mengambil setiap peluang adalah usahawan yang mempunyai taat. Kelebihan usahawan yang mempunyai ciri-ciri ini adalah kemampuan mereka untuk meramal perkara sebelum ia berlaku sama ada perkara itu akan memberikan keuntungan atau kerugian ke atas mereka.
Nilai taat di dalam diri Tan Sri Dato 'Shahril Shamsuddin, yang berusia 54 tahun Malaysia, telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan kepada Lembaga Pengarah sebagai Pengarah Eksekutif Bukan Bebas pada 9 Disember 2011. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Lembaga Imbuhan. Tan Sri Dato 'Seri Shahril Shamsuddin adalah seorang usahawan minyak dan gas dan beliau memenangi Malaysia Usahawan Ernst & Young Anugerah Tahun pada tahun 2009.
Bermula di 19 kawasan, Shahril yang ketika itu berusia 30 tahun telah mula mengambil Syarikat Ahli kepimpinan bapa beliau.Shahril percaya bahawa untuk mencapai kejayaan yang lebih besar kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada wataknya. Dia membuat bapanyasebagai mentornya.Dia melihat bapanya yang bekerja keras dengan satu matlamat, iaitu untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka, dan ia menjadi dorongan untuk dia menjadi seperti bapanya.
Sejak bercakap tampuk pentadbiran di Sapura Kencana, Tan Sri Dato' Seri Shahril telah memacu syarikat itu ke dalam pelbagai perniagaan baru dan projek-projek di Malaysia, Australia, Brazil, Mexico, Vietnam, China, Afrika Barat dan beberapa negara lain. Pada hari ini, Sapura Kencana mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM 22 bilion, aset bernilai RM15 bilion dan kakitangan seramai 11 000 pekerja.
Beliau lebih menumpukan kepada kualiti kerja yang dijalankan oleh ahli-ahlinya. Beliau dan ahli-ahli kumpulannya berkumpul dan bertemu tidak berfikir tentang apa perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia. Pada akhir tahun sembilan puluhan, hampir tidak ada pembekal perkhidmatan minyak dan gas syarikat, manakala negara ini adalah pengeluar minyak.
Tan Sri Dato 'Seri Shahril Shamsuddin dan anggota pasukannya telah membentuk satu pasukan yang hebat dan mengisi jurang. Banyak syarikat apabila berminat dalam teknologi maklumat (IT), tetapi mereka keluar dari padang dan memasuki bidang minyak dan gas. (Sapura Kencana terpancut Keuntungan untuk Billionaire Shahril Shamsuddin, 2014) Tidak ramai orang yang memahami perniagaan pada masa itu. Beliau sangat prihatin kerana daripada bidang IT dan akhirnya memilih bidang minyak dan gas yang mempunyai potensi untuk berkembang.


Tan Sri Dr. Jeffry Cheah (Mengambil risiko yang tinggi)
            Setiap perniagaan yang dijalankan terdapat risikonya yang tersendiri. Risiko bersifat kuantitatif dan kualitatif serta boleh dipengaruhi oleh pengalaman, prejudis dan politik. Usahawan yang berjaya pasti akan mengambil pelbagai risiko untuk memajukan perniagaan mereka. Antaranya Tan Sri Dr. Jeffry Cheah yang berani mengambil risiko yang tinggi untuk memajukan perniagaan mereka iaitu Sunway Holding Berhad. Beliau memegang falsafah ‘tiada apa yang mustahil untuk berjaya’.
Pada tahun 1980-an, Malaysia melanda kegawatan ekonomi dan kesannya lebih ketara kerana syarikat beliau mencatat kerugiaan yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya. Namun begitu, beliau mengambil langkah agar dapat bertahan dalam perniagaan yang diceburinya. Tan Sri Dr. Jeffry Cheah telah mempelbagaikan perniagaannya dengan menceburi dalam pelbagai sektor, antaranya, pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan.
Seterusnya, langkah berani beliau mengurangkan kos dan menjual jentera yang tidak diperlukan serta menutup perniagaan yang tidak menguntungkan pada krisis ekonomi Asia tahun 1997. Beliau juga mengurangkan gajinya sendiri dan mengubah gaya hidup yang lebih sederhana bagi mengubah gaya mewahnya sebelum ini.
Selain itu,  Tan Sri Dr. Jeffry Cheah mengambil risiko membina Bandar Sunway di kawasan bekas lombong walaupun kurang mendapat kepercayaan dari orang ramai tentang kebolehan membangunkan kawasan di bekas lombong itu. Akan tetapi, beliau berjaya membina Bandar Sunway tersebut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti, pusat pengajian, perhotelan, pusat peranginan, kompleks membeli belah, hospital berteknologi tinggi serta kawasan perumahan yang unggul dan sebagainya.

 Profil Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan, datang dari Hadhramaut, Yaman. Bapanya, seorang pedagang yang suka mengembara hingga ke Asia Tengah untuk mencari rezeki. Pada pertengahan tahun 40-an, bapa kepada Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah. Oleh sebab itu, Tan Sri Syed Mokhtar lahir di Alor Setar sekitar tahun 1951.
Beliau merupakan anak ketiga dari tujuh adik-beradik. Disebabkan keadaan keluarganya yang hidup serba kekurangan, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bharu dari usia 9 tahun sehingga tingkatan dua iatu berumur 14 tahun. Oleh hal yang demikian, Tan Sri Syed Mokhtar berusaha gigih untuk mengubah nasib keluarganya, akhirnya beliau berjaya mencapai kejayaan dan menjadi seorang jutawan yang berjaya kerana dalam diri beliau terdapat sifat atau ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya.
Antara sifat keusahawanan yang terdapat pada Tan Sri Syed Mokhtar ialah beliau mempunyai rangkaian dengan perniagaan lain. Setiap usahawan yang berjaya tidak boleh berdiri dengan sendirinya, hal ini bermaksud mereka perlu juga ada bantuan dari pihak lain untuk memajukan perniagaan mereka. Bak kata pepatah, ‘kawan biar seribu, berkasih biar satu’. Tan Sri Syed berjaya disebabkan beliau mempunyai ramai kawan dan rangkaian yang kuat. Sifat berkawan dalam dirinya menyebabkan orang suka untuk bekerjasama dengannya. Beliau telah menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd selepas mendapat kontrak pembekalan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan minyak sapi kepada kerajaan, iaitu sebuah syarikat usaha sama dengan New Zealand Milk Products. Oleh itu, dapat dilihat bahawa Tan Sri Syed Mokhtar bukan sahaja mempunyai rangkain di dalam negara sahaja malahan di luar negara juga.
Sifat yang seterusnya ialah mengambil risiko. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai sifat yang berani untuk mengambil risiko yang terbuka ataupun tinggi. Hal ini kerana, ramai peniaga kurang sifat ini menyebabkan mereka tidak berjaya meningkat naik. Segala jenis risiko diredah sahaja oleh beliau akan tetapi hasil yang positif yang diterimanya. Kalau nak berjaya, jangan cepat mengalah dan berani untuk menepuh risiko. Tan Sri Syed Mokhtar pernah terlibat dengan perniagaan perkapalan dengan menubuhkan Bukhari Shipping akan tetapi perniagaan tersebut mengalami kerugian dan terpaksa menjual kapal Angsa Mas buatan Jerman. Dalam masa yang sama, beliau telah menceburi pula dalam beberapa projek perumahan di bawah Syarikat Bukhary Develpoment. Jika tiada sifat mengambil risiko dalam dirinya, beliau mungkin tidak mampu berdiri teguh sehingga sekarang.
Selain itu, Tan Sri Syed Mokhtar juga mempunyai daya pemerhatian yang tajam. Sekitar tahun 1975, beliau telah menubuhkan Syarikat Shah serta memohon lesen perdagangan beras dari Bernas. Hal ini disebabkan permintaan beras yang tinggi dan beliau telah berjaya membekalkan beras ke pihak FELDA, Mara, Permas erdar dan beberapa lagi anak syarikat Perbadanan Ekonomi Negeri Johor. Daripada perniagaan beras, beliau juga mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula melalui Bukhary Sdn. Bhd. yang masih berdiri kukuh hingga sekarang. Hal ini disebabkan orang ramai memerlukan keperluan seperti gula dan beras untuk kehidupan harian mereka. Oleh itu, sifat pemerhatian sekeliling yang tajam membuatkan beliau berjaya mencipta nama.
Sifat yang berwawasan membuatkan diri Tan Sri Syed Mokhtar dan keluarganya berubah seratus peratus. Dari keluarga yang kurang berkemampuan, beliau berjaya membuktikan bahawa mereka sekeluarga mampu untuk hidup dalam keadaan yang lebih senang. Dengan ketabahan beliau sejak kecil, iaitu membantu ibunya menanam sayur-sayuran dan menjualnya di pasar membuatkan beliau mencuba semua perkara untuk berjaya di masa hadapan. Disebabkan wawasan yang kuat, beliau berjaya meningkat naik, daripada seorang penjual roti canai dan penternak, beliau beralih kepada perniagaan pengankutan dan seterusnya sehingga beliau berjaya keluar dari hidup yang serba kekurangan itu. Oleh itu, sifat berwawasan perlu sentiasa ada pada diri beliau untuk kekal menjadi usahawan yang berjaya.
‘Kegagalan sekali tak bermakna gagal selamanya’. Kata pepatah ini ada kena mengena dengan sifat usahawan yang ada dalam diri Tan Sri Syed Mokhtar. Bagi beliau, kegagalan ialah satu pilihan untuk berjaya. Beliau pernah gagal sewaktu perniagaan ternak dan jual lembu yang diusahakan oleh bapanya itu kerana wabak kuku dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau bangkit dengan perniagaan yang melibatkan projek-projek yang berjuta-juta, akan tetapi tetap gagal kerana krisis ekonomi yang berlaku pada waktu itu. namun begitu, Tan Sri Syed Mokhtar mengatasi semua kegagalan tersebut, malahan beranggapan bahawa segala kegagalan ada jalan penyelesaian dan cuma masalah biasa sahaja. Oleh sebab semangat yang kuat, beliau berjaya bangkit dalam perniagaan beras dan gula serta projek Pelabuhan Tanjung Pelepas, di mana beliau membeli Johor Port dan menjayakan projek tersebut sehingga menyakinkan dua syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan berpindah dari pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Hal itu menyebabkan dua syarikat tersebut melabur di Malaysia. Oleh itu, kegagalan banyak mengajar beliau supaya lebih kental untuk menempuh alam perniagaan yang ada pasang surutnya.



RUJUKAN

Loh Boon Siew (n.d), dimuat turun pada 4 November, 2015, dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew

Laila Hasnim Mohd Juhari (16 Oktober 2014), Usahawan Berjaya-Datuk Loh Boon
Siew dimuat turun pada 4 November, 2015 dari https:// Lailahasnim
.blogspot.my/p/usahawan-berjaya.html

Sejarah Boon Siew Honda Malaysia. (2011, Mei 1). Dimuat turun pada 5 November
2015 dari https://www.odltratfords.com/2011/05/sejarah-boon-siew-honda-
Malaysia.html

Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, (2015). Dimuat turun pada 8
November 2015 dari http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-
kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. (Mac 16, 2009). Dimuat turun dari
http:// listjutawanmalaysia.blogspot.my/2009/03/tan-sri-syed-mokhtar-al-
bukhary.html

Yussuf Saufi. (2014, Mac). Tokoh-tokoh Usahawan Yang Berjaya Di Malaysia.
Dimuat turun pada 6 November 2015 dari https://yussufsaufey.
wordpress.com/2015/03/14/17/

10 Usahawan Pengangkutan Yang Berjaya Di Malaysia (n.d). Dimuat turun pada 2
November 2015 dari http://ite-biznetspaceutm.blogspot.my/p/10-usahawan-pengangkutan-yang-berjaya.html


Admin In The Press (M), (2006, 17 November). Siti Nurhaliza kongsi rahsia
kejayaan. Dimuat turun pada 5 November 2015 dari
http://cloud.simplysiti.com/siti-nurhaliza-kongsi-rahsia-kejayaan/

Forbes, (n.d) #26 Mokhzani Mahathir Profile. Dimuat turun pada 3 November 2015
dari laman web : http://www.forbes.com/profile/mokhzani-mahathir/

1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete